iklan neh besshhh lerrr..

Monday 4 March 2013

Pray for Sabah | Lahad Datu

Assalamualaikum...

sebenarnya ada juga entri lain yang nak update..tapi pada lynn  yang nie lagi penting...

isu pencerobohan di Sabah terutamanya Lahad Datu dan kawasan di sekitarnya..

semoga pewira  kita di sana yang berjuang mempertahankan negara sentiasa dalam keadaan baik..
Al-Fatihah kepada pewira kita yang gugur...

tak lupa juga kepada adik lynn.. (sepupu sebenarnya..tapi hubungan kami ibarat adik beradik) yang kini berada di Lahad Datu...Syafiq baru je tamat kursus Asas komando tahun lepas dan dia masih meneruskan latihan di Mersing.. namun demi negara..walaupun masih dalam latihan... perjuangan tetap di teruskan disana...dan itulah realiti latihan yang dia hadapi sekarang..

kepada syafiq jaga diri.. kami sekeluarga di sini sentiasa mendoakan keselamatan syafiq di sana.. moga keadaan di sana akan kembali terkawal...

lynn rase sedih pulak bila syafiq telefon dan minta maaf pada semua... ;(
harap keadaan dia dan rakan2 seperjuangan ok..


 nie kenangan syafiq ketika tamat kursus asas komando
ayah dan emak tak lepas peluang bila anak kesayangan dia dah tamat latihan... cita-cita syafiq dari kecil lagi..
 syafiq panggil ayah dan emak juga... 

keluarga syafiq.. Ayah dia poksu lynn pun bekas tentera.. ibu syafiq iaitu adik mak dah meninggal 5 tahun...

inilah Syafiq Rahim... angah, along, ayah, emak, mirul dan seluruh keluarga di johor doakan syafiq selamat...

tak kisah la kita berbeza pendapat.. yang penting kita bersatulah demi mempertahankan negara..


p/s: sentiasa mengikuti perkembangan di Sabah..lagi2 bila keluarga sendiri yang terlibat demi mempertahankan negara...

Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada...






Image Hosted by ImageShack.us

1 comment :

Unknown said...

salam, boleh saya tahu sayfiq yang tamat latihann asas komando tahun 2012... dia ada taj facebook? sebab saya memang minat dengan koamndo ni???

iklan-iklan!!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers