iklan neh besshhh lerrr..

Friday 23 April 2010

plain tees opening give-away

salam....
jom join giveaway..kali nie dr blog plain tees


klik gambar untuk ke n3 giveaway

giveaway nie berlangsung sehingga 30 april 2010..jd jom ramai2 join..



hadiah???

1st prize

contoh salah 1 daripadanya..ada warna putih n pink..




2nd prize
(1) Stripes Tees





cara2 nak join??

1) Be our follower. -done
2) Post an entry about PLAIN TEES OPENING GIVE-AWAY in Bahasa Melayu / English.-done
3) Link Plain Tees on your blog link list.-done

E-mail to pennylane_annex@hotmail.com your blog link of the entry post with the subject : PLAIN TEES OPENING GIVEAWAY.
Include your name, mobile phone & address.

pemenang akan di pilih daripada random.org.






Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday 21 April 2010

baju merah thailand vs baju merah gatsby..

salam...
masih lagi dalam mood street fair kan???hehehe..semalam da dapat da RM50 yg nuffnang janjikan...best woo...kite pergi untuk enjoy tapi dapat duit...huhu....
untuk entry kali nie bukan la lynn nak cerita lagi pasal event gatsby tuh...
tp da mule timbul kekeliruan dari kalangan member facebook lynn.. kenape?? jom tgk....



gambar kat atas tu muncul bila lynn upload kat facebook...then tibe2 muncul comment macam nie...



agak kasar komen dorang tuh..hehehe..ada ke di samakan dengan penyokong baju merah kat thailand???...kawan-kawan...sory la name korang lynn x blurr kan...bia popular k...hahhaaha




nie adalah gambar yang di google..penyokong baju merah di thailand....sama ke dgn situasi kita di gatsby??hmm...kanapa la pihak gatsby pilih warna merah yerk....klau warna lain kan tak menimbulkan kekeliruan...hehehe..

tak kisah la...janji kita di malaysia nie bersatu hati...tak ada la penyokong baju merah ke...baju pink ke...kita kat malaysia nie aman...almaklum la...1 malaysia katakan....




Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday 20 April 2010

CONTEST MAI SECAWAN!

salam...
update versi copy and paste..hehehe...ok kali nie lynn join contest dari mama darwisy..nie kali kedua lynn join contest dr kak fiza..kalau dulu contestnye bergaya dengan handbag..kali nie contestnye lebih kepada lucky draw...

almaklumla..kak fiza sekarang dah jd duta HPA opss!!! duta?? stokis HPA la...hehehe....jelajah la blog kak fiza...sejak akhir-akhir nie entry semua berkaitan dengan HPA...boleh jd duta dah...hehehe..

kepada semua yang hendak join...jom la...ramai2 lagi syok kan??


Syarat-syarat dan cara-caranya :


1. Follow blog ini (untuk memudahkan kengkawan dapat update pasal contest ni. Nanti nak stop follow pon ikutlah kalau tamat contest..hehe) dah lame da follow...

2. Buat post dengan hanya copy sahaja khasiat Radix di bawah ini


Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :

  • Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
  • Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
  • Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
  • Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
  • Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
  • Halban (IMUNITI).
  • Larak Hutan (KARDIOTONIK).

* Disebabkan disable right click jadi caranya highlight dulu kemudian klik CTRL C utk copy dan klik CTRL V utk paste. Tajuk Entri mestilah: CONTEST MAI SECAWAN! Link kan ke blog fiza supaya ramai boleh join.. TQ :)

3. Tinggalkan link entri kengkawan kat sini ye-

4. Pemenang akan dipilih secara cabutan (kira sapa yg bertuah la) hehe

5. kami berhak mengubah mana-mana syarat ye..hehe

Tarikh Tutup:10hb Mei 2010




hmm..senang saje bukan????apa lagi...jom ramai2 copy and paste...
fuh..fuhh...fuhhh...mintak la naik name..hehehee...kalau lucky draw gatsby tak dapat...kali ni mintak2 la dapat...fuhhh...fuhhh...hehehe


Image Hosted by ImageShack.us

saya dah pergi Gatsby Deodorant Street Fair !!!

salam....
lewat sangat update cite pasal nie kan?? da basi da..tp lantak la...hehhe..selagi nuffnang tak masukkan duit..kire cite nie masih panas lagi la kan?? yang pasti entry kali ini entry bergambar jek la yang banyak ok...


time baru gerak...

sekali kene tukar baju..see..sedondon jek sume kan??


lepas tukar baju..apa lagi...terus main la..time nie tak ramai lagi..sebab lynn antara orang terawal yang reg..huhu semangat tuh..hehe


agak-agak masuk x bola tu??



paling tak suka main ketuk-ketuk nie..1 pun tak kene..


picture amik sendiri..tiada siapa boleh amikkan..huhu

ramai kan yang datang???sungguh best..sume berbaju merah..bersatu hati blogers ni sume..


walaupun lynn tak tegur die time tu..malu la nak tegur..siape la kite nie kan??knl x yg paling tinggi tu???cube teke...

blogers yang otai..kak tash,cik hel,kakina kl...dan ramai lagi...meriah tau..

acara perasmian...nie la gambar terbaik...agak susah nak ke depan...

main nie paling senang nak dapatkan kupun..siyes...




fail ok main golf..x masuk langsung...hancur hati...hahaha

waktu yang ditunggu-tunggu tiba...cabutan bertuah....
hana...lynn selalu juga singgah di blognye

yang penting..masuk tv 9!!!

tp sampai situ je la yg lynn sempat berada di times square...semasa acara lucky draw berlangsung..epynn menerima panggilan daripada family die...kami bergegas pulang kerana nenek epynn meninggal...Al-fatihah.....


segala kupon point yg kami dapat tak sempat nak tebus..rugi....tp tak ape la...berbaloi jugak datang ke sini....harap-harap tiada la di sebut nama AMALINA ADZHAR or MOHD ROSAIHAFIN ISA untuk menerima lucky draw..

akhir kata..thank you nuffnang!! gatsby!!! lain kali jemput kami lagi ye...seronok sangat....




Image Hosted by ImageShack.us

Monday 19 April 2010

T-shirt percuma untuk perempuan dari netQueen..

salam....
jom kawan-kawan yang gulz jek tau...daftarkan diri untuk jadi rakan netQueen..100 penyertaan pertama akan dapat t-shirt netQueen percuma edisi terhad tau...

selain menjadi rakan untuk mendapatkan t-shirt percuma, di netQueen kita akan dapat banyak info.. terutamanya berkenaan dengan wanita..banyak juga tips2 yang kita boleh dapatakan daripada netQueen..

first time singgah di netQueen nie banyak yang kita boleh dapat..kita jugak boleh mengasah bakat kita melalui penulisan dan juga melukis komik..haa..menarikkan....apa lagi jom kita daftarkan diri...dapat banyak manfaat di siu kan??

ok ape yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan t-shirt tersebut???

1- Daftar sebagai ahli netQueen.

*Activation code akan dihantar ke email anda. Sila semak email.

2- Masukkan blog ini ke Blog List anda.

3- Buat satu entry tentang netQueen.

4- Letakkan gambar banner netQueen di side bar & link back

5- Promotekan netQueen kepada 5 rakan blog anda.

6- Tinggalkan komen anda di netqueen dengan mengatakan

"Saya Telah Laksanakan Kesemua Syarat Yang Diberikan dan kini saya adalah rakan netQueen"

berserta alamat blog anda.




harap2 dapat la yerk...sy tau benda nie pon daripada dahlia journal



Image Hosted by ImageShack.us

Saturday 17 April 2010

Akademi fantasia 8 terpesong??


salam....
aik cite pasal af?? sebenarnya lynn adalah salah sorang penggemar rancangan realiti di malaysia..tak kira la af,mentor,OIAM or ape2 pun..lynn pasti akan mengikuti perkembangan..tidak kisah la apa yang orang cakap mengenai rancangan realiti tetapi sudah minat..apa boleh buat...

tahun 2003 adalah permulaan segala-galanya,lynn mengikuti akademi fantasia sejak dari musim pertama..vince sebagai juara, khai di tempat kedua dan azizi di tempat ketiga...

tahun 2010, akademi fantasia masih betapak lagi di kaca televisyen, cume sedikit kepelikkan disini..akademi fantasia 8 sedikit terpesong sejak akhir2 ini..mana tidaknya..dalam diari akademi tidak banyak di dedahkan sesi pembelajaran..kalau ade pun mesti ada sedikit gosip2 yg terjadi.... seperti sesi latihan iwan, nad merupakan pelajar yg digosipkan dengan iwan membantu dalam persembahan iwan...kan lebih elok pelajar lain yang membantu iwan....situasi seperti ini macam mahu gosip tersebut terus belarutan.


kehadiran suara kekasih maulana..apakah tujuannye?? maulana, ain dan terutamanya kekasih maulana seperti di pergunakan pihak akademi...apa motif mereka menyuruh kekasih maulana soal selidik hubungan maulana dengan ain???

diari terakhir minggu ini, pihak akademi menjemput dua orang artis lelaki untuk melayan ain..yang pasti tujuannye untuk mengenakan maulana..dan sememangnye maulana terkena kerana kelihatan cemburu...

persoalannya..adakah akademi fantasia 8 dah terpesong dari akademi fantasia yang dahulu..?? atau pihak akademi sengaja mengadakan adegan seperti ini untuk mendedahkan kepada pelajar situasi sebenar apabila digelar public figure?? gosip, kontorversi dan bermacam- macam lagi..terlalu banyak untuk pelajar af 8..sampai bila perkara ini perlu berterusan??

apa yg terjadi sekarang ini, akademi fantasia lebih menonjolkan drama daripada realiti..persembahan pelajar af tidak semegah mana tetapi mereka lebih di tonjolkan dengan gosip dan kontorversi...

diari af sepatutnya menonjolkan sesi pembelajaran di af..dan bukannye gosip yg tidak berfaedah seperti ini...kami tidak lihat usaha yang dilaksanakan oleh pelajar..jumlahnya terlalu kecil..apakah usaha mereka di akademi cukup untuk di tonjolkan di atas pentas?? adakah persembahan pelajar dapat memukau penonton?? sekiranya pelajar tidak dapat membuat persembahan dengan baik..apa bukti yang menunjukkan mereka bekerja keras dan berusaha untuk yg terbaik sedangkan yang kita lihat di diari tiada usaha..tiada sungguh2..jd kite saksikan sendiri dalam konsert nanti...

lynn bukan hendak menghentam tetapi lynn sebagai peminat af sejak musim pertama, berasa tawar hati untuk menonton af...sebagai penonton fikir-fikir la sendiri..apa tujuan progam ini..melahirakan bintang yang menyerlah dengan bakat atau melahirkan bintang yang penuh kontroversi...assalamualaikum...




p/s: jumpa esok di gatsby deodorant street fair!!!!!





Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday 14 April 2010

mahu popular atau tidak??


salam....
entry ringkas sahaje...
lynn baru jek merayap di blog kawan2 lain yg popular..x popular..sume lynn jengah...
ade yg sempat lynn komen kat n3.. ade sekadar kata di shout box aje...ada jengah tanpa sebarang kata2....

setiap yg berbloging mesti la hendak sgt blog kite nie popular kan???

dulu

bila buat n3 baru mesti tertunggu-tunggu orang nak komen..dalam hati takut orang tak komen...masih baru...orang tidak kenal pun...setiap kali orang komen..cepat je kita reply balik..happy sgt bila dah ada orang yang sudi bace dan komen..setiap komen tu macam terlalu berharga...

tp


sekarang

bila dah popular...dah banyak komen...kita sampai x sempat nak reply..terlalu banyak..dalam 1 n3 kadang2 mencecah 50 komen..larat ke nak layan komen tuh...bia jek...


emm tu la perbezaannye dulu dan sekarang..tu bukan lynn k..sebab blog lynn nie x popular pon..nak dapat 1 komen dalam sehari pon terlalu susah....kadang2 terfikir x menarik ke penulisan aku??? x menarik ke cerita aku..

sumpah lynn selalu jalan2 di blog lain..terutamanya blog yang sama taraf dengan lynn sebabnye bila lynn singgah ke blog dorang rase setaraf...perasaan same..masing2 menunggu komen di entry...tp bile singgah di blog yang popular dan tinggal kan komen...lynn terfikir..dorang tidak reply pon komen...bace ke dorang dengan komen2 yang berlambak tuh??? entah lah....

tp tidak sume blog yang popular macam tuh...ade jugak yang selalu menghargai komen dari orang lain...berbalas kunjungan walaupun blogers tu masih baru...

jadi..sendiri mahu ingat..mahu popular or tidak....kalau boleh layan sume pengunjung tuh bagus la..sebab semua yang datang ke blog kita mengharap balasan...

k bye2...

n3 bukan berlagak..tapi mengingatkan diri sendiri..kalu satu hari nanti blog nie popular...hahaha..perasan jup..




Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday 13 April 2010

apa yang penting??





salam....

nie la n3 first untuk bulan 4 nie...tah la...busy sangat ke sampai x update blog??? tiada jawapan sebenarnye...tp yg pasti bulan 4 nie mmg bnyak aktiviti..dari yang penting sampai yg tidak penting langsung...

bermula awal april...mmg memenatkan..minggu tuh adalalah minggu menyiapkan assignment...minggu terakhir untuk menghantar assignment.....walaupun penat tetap happy sebb tiket balik ke kluang da ade dalam tangan...walau apa yg terjadi sekalipun...lynn tetap akan balik kluang....rindu kat family seh....da hampir 2 bln lbh x balik...di sebabkan tugasan group assignment....bila da kat kluang, walaupun online tapi blog stil tak di update..memenuhi undangan sane sini la katakan..yer...sy mmg femes..hahhah..

ok berbalik pada tajuk td...ape yg pentinng?
  • exam?
  • getsby deodorant street fair?
  • habiskan cepat2 lesen...hampir sebulan x datang klas praktikal..??

sebenarnye tiga2 tu la penting ok...nk kate paling penting...x dapat jawab...sebabnye exam mmg penting untuk mase depan, yela klau dah exam hancur habis la lynn kan?? banyak benda yang perlu study...bnyak yang perlu difahami..tapi dalam mood exam nie...program terbesar anjuran gatsby dan nuffnang tidak lynn lupa ok...


mmg da tak sabar nak pergi...actually poning gak nie..al maklumla..blog lynn tidak popular...ade ke yg kenal dengan blog nie?? ade ke orang yg ingat name alynn malynna??? wujud ke blog nie di dunia blog?? persoalan yg akan terjawab pada hari sabtu 17 april 2010...kawan2 yang datang blog nie...tolong la promote ok..hahaha..nanti kita boleh la kenal2 kat times square...


nie lagi satu hal....perihal lesen nie..aduhh....da lupa da jalannye....baru 2 jam kelas praktikal lynn amik...sejak 20 march trus x dtg..sebabnye busy..hmmm harap2 selamat la lulus dgn ujian nie...banyak bnda yang lynn kene setel kan dalam bulan april nie....tp ape buleh buat.

tu la tugasan sebagai seorang pelajar+berbloging+pelajar memandu+ anak....tu lah manusia sebenarnye...siapa pun kita....mesti pebagai tugas yang perlu kita selesaikan..


25 april nanti genap la usia lynn 22 tahun...sekejap je mase berlalu...banyak kenangan pahit manis sepanjang 22 tahun hidup di bumi tuhan...tahun nie rasanye tiada ape yg hendak di sambut...exam semakin dekat..apa yang penting mesti di dahulukan....ok la geng....da banyak lynn coretkan di sini...jika lynn kelapangan..lynn jenguk korang k...tata..

with love...

Image Hosted by ImageShack.us

iklan-iklan!!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers