dah masuk tahun 2013 dah..
dan ramai la manusia yang berazam untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara...kihkih
azam setiap tahun yang cliche
- berhenti merokok
- turunkan berat badan
- nak jadi lebih baik
betol x? hehe... setiap orang ada azam baru.. termasuklah lynn...
azam lynn tak la besar mana tapi agak susah nak berjaya sebabnye nak kekal istiqamah....
lynn nie seorang yang terlalu suka fikir benda yang bukan-bukan dan kadang2 benda tu boleh mengundang keburukkan...
apa yang lynn harap untuk tahun nie lynn dapat mengubah diri ke arah yang lebih positif..
positif dari sudut pemikiran
positif dari pandangan mata
dan tentu sekali positif dari segi akhlak
dan semua itu adalah untuk kehidupan.. suami lynn selalu marah lynn sebabnye bila ada je orang yang memperkotakkatikan diri lynn, lynn mesti cepat down. so, mulai sekarang lynn mamang kena berubah agar dapat perbaiki diri....
lynn amat tidak gemar dengan segelintir manusia yang suka membandingkan diri kita dengan dia kerana dia nak berbangga diri. suka cari kelemahan orang lain untuk di canang di cerita pada orang lain agar diri kita nie nampak sangat buruknye... so mulai hari nie
lynn akan positifkan diri untuk terima apa saja kata, pandangan negative orang pada diri lynn..
dan apa yang lynn harap...lynn akan setiasa ingat pesanan suami lynn
pedulikan apa orang lain nak cakap tentang kita, pedulikan apa yang orang lain fikir tentang kita.. yang penting hari-hari apa sahaja yang kita lakukan.. kita mesti melakukannya dengan terbaik dan sentiasa jadi yang terbaik.. dan itu lah beza kita dengan dia..... dia sibuk nak berbangga diri, nak bergaduh sana sini, nak wujudkan perbandirngan tapi kita pula kena sibukkan diri kita untuk jadi lebih hebat... hebat dari semua segi..
nampak mudah kan azam tu? tapi nak kekal istiqamah.. tuhan jela yang akan tahu...
dan azam kami yang kedua... tiap2 bulan kami suami isteri akan beli seorang sekurang2nye 1 buku...
azam-azam lain..kami suami isteri je yang tau...hehehe
gambar tiada kena mengena dengan entry...kahkahkah.... |
No comments :
Post a Comment