Assalamualaikum~~~
rasenya macam dah lama tak update blog.. Alhamdulilah masih di beri kesempatan oleh Allah untuk bernafas di dunia ini...
Banyak yang terjadi dalam hidup lynn sepanjang bulan 4@5.. same macam tahun lepas jugak.. dan tahun nie alhamdulilah Allah beri lagi peluang kami suami isteri untuk menjadi ibuayah buat khalifah bernama anak..walau hanya untuk 8w
sungguh kami bersyukur dapat merasainya walau hanya seketika.. dah di takdirkan rezeki kami bukan tahun nie.. dan di takdirkan khalifah kecil itu bertahan hanya untuk 8w sahaja.. Allah..berat dugaanmu..berat cabaran yang kami lalui.. walaupun hanya sekejap..
untuk pengetahuan semua... nie pengalaman kedua lynn mengandung..dan ini juga pengalaman kedua lynn melalui dugaan Allah iaitu keguguran.. kalau korang semua tak sempat nak baca pengalaman pertama.. boleh klik sini..
melalui status-status di facebook.. ade yang pm lynn tanya mengandung ke.. sebab kebanyakkan status semua macam feeling hope, felling kuat dan macam-macam lagi..tapi semua tu sebab en roommate tak de disisi en roommate outstation...dan di ketika itu lynn belum tahu lagi lynn mengandung..cuma dengan tiba-tiba lynn rase tak sanggup nak berjauhan daripada suami..
untuk kandungan kali ini.. lynn memang dah tahu lynn lewat datang period.. dan time tu lynn memang tak buat pun urine test sendiri..sebab baru lagi dan memang kekadang lynn lewat period lebih kurang seminggu dua..dan kalau boleh nak buat UPT tu time en roommate ade disisi..bukan tak serik dengan pengalaman lepas..sebab lynn memang dah bersedia awal-awal untuk pregnant.. lynn dah ambil suplement tambahan dan lynn dah memang makan asid folic.. dan yang penting lynn tak buat kerja berat..sama ada di tempat kerja atau di rumah.. itu semua langkah-langkah awal lynn lakukan sebelum lynn tahu yang lynn mengandung.
sejak keguguran tahun lepas.. perasaan nak kembali mengandung semula memang ada.. tapi perasaan takut tu masih menebal.. lynn keguguran pertama pada 4 haribulan 5 2013.. dan lynn betul-betul sedia untuk pregnant semula masa bulan 1 2014. time tu lynn memang ambil suplement untuk persediaan mengandung.. dan lynn dah mula ambil asid folic sebagai persediaan awal lynn..
lynn menggunakan app menstrual cycle tracker untuk tahu waktu subur dan waktu period akan datang..
same macam kat atas nie.. same tapi nie bukan lynn punya..segan la pulak nak tunjuk sendiri punya.. semua ada.. time kita make love dengan suami pun boleh kita masukkan..
period terakhir lynn pada 28 feb 2014 dan menjangkau 30 mac 2014 miss P masih tak menjengah..lynn buat UTP 2 minggu selepas itu...
Alhamdulilah.. positif.. perasaan time tu hanya Allah yang tahu.. bermula detik itu menjalani kehidupan seperti ibu mengandung yang lain... tapi sejujurnya lynn masih risau dan masih berjaga-jaga..lynn sentiasa ke bilik air untuk memastikan keadaan ok.. dan lynn paling takut kalau-kalau ada darah.. perasaan takut itu memang lynn tak boleh kawal..semasa usia kandungan 7w3d lynn ade buat scan nak tengok keadaan baby..time tu semua ok dan perkembangan fetus pun mengikut usia.. Alhamdulilah.. tiap2 hari mengharap khalifah kecil dalam perut nie kuat.. apa sahaja yang lynn buat lynn akan cakap dengan khalifah kecil nie..
pegang ibu kuat-kuat sayang..ibu nak drive.. ibu nak cari rezeki untuk kite.. apa sahaja yang lynn buat mesti lynn akan pesan dekat khalifah kecil ni..
antara ayat yang lynn amalkan sejak mengandung..
23 April 2014
sehinggalah kandungan dah mencecah 7w5d..malam tu lynn mimpi yang buruk. lynn mimpi orang kena tembak dan lynn nampak darah banyak sangat.. bila tersedar perasaan terlalu takut...
pagi tu lynn pergi kerja macam biasa.. cuma waktu drive tu lynn rase lain macam.. sampai di tempat kerja.. ya Allah.. lynn terkejut bila ada spotting sedikit.. itupun bila lynn lap menggunakan tisu baru nampak ade darah.. dan bukan fresh blood.
lynn tetap kerja time tu.. tapi banyak rehat.. dan hari tu jugak kami laki bini ambil halfday sebab nak pergi hospital..
prosedur hospital kat tempat kami nie macam biasa..bila datang dia akan tanya
dah berapa banyak pad tukar..kalau kita jawab baru 1 maka kertas hijau la yang kita dapat..
maksudnya kena tunggu giliran..bila tunggu giliran memang lama dan bila doktor scan.. doktor cakap early pregnancy doktor tersebut tak boleh buat keputusan sebab time tu tak nampak dah khalifah kecil tu dalam perut.. kantung pun tak nampak.. doktor transfer lynn ke wad5 untuk jumpa pakar sakit puan..
dan seperti biasa lynn mengharap doktor H walaupun doktor tu lelaki.. tapi lynn lebih selesa dengan dia.. sebab doktor tu hormat dan faham keadaan kita.. tapi time tu doktor lain..
doktor yang ambil keterangan lynn sejarah keguguran yang lepas adalah doktor farhan..tapi lynn tak tau kenapa doktor nie tak de check lynn sebaliknya doktor lain yang dipanggil untuk scan..(maybe panggil doktor yang lebih pakar) selepas doktor tu scan di perut.. still tak nampak..
doktor tu bagi 3 alasan.. pertama kandungan terlalu awal, kedua ancaman keguguran dan yang ketiga keguguran..
doktor tu: puan balik dulu lagi dua minggu datang dan kita akan scan lagi.. puan kerja? kalau kerja saya bagi mc untuk hari nie sahaja..
lynn: mc untuk hari nie? hari nie memang saya dah tak kerja.. saya ambil halfday.. tak boleh ke mc untuk esok sekurang-kurangnya saya dapat rehat di rumah..
doktor tu: tak boleh puan.. sebab bla bla bla bla
lynn : tahun lepas saya dapat mc.. hari ahad saya datang sini dan mc untuk tiga hari.
doktor tu: maaf puan tak boleh. saya bagi puan appointment lagi dua minggu.
time tu betul2 down.. doktor tu blah gitu je.. lynn tak dapat mc n tak dapat ubat.. memang down sangat..kita datang hospital awal supaya dapat la cegah ape yang boleh..dapat selamatkan ape yang boleh di selamatkan.. dulu boleh la jugak doctor scan melalui miss v... walaupun sakit atleast ade usaha doktor tu dpt gak buktikan lynn pregnant time tu..nie seolah-olah macam ape yang kita lalui nie kes kecil..tak ade ape2..
lepas scan doktor farhan nak ambil tekanan darah.. time tu memang dah down sangat.. nak menangis (lynn memang mudah mengalirkan air mata) time tu memang harap en roommate ade kat situ..nak peluk..nak semangat..tapi nak buat macam mana..suami tak boleh masuk dekat situ..
doktor farhan: puan stress ke? tekanan darah puan tinggi sangat
lynn: mengangguk je...(time tu air mata laju.. arghhh sudah..memang tak boleh tahan...lynn kecewa kot dengan layanan kat hospital nie.. nie dah kali kedua.. takkan nak biar je..)
keluar je daripada wad tu cari en roommate.. (kali kedua lalui pengalaman macam nie sama macam tahun lepas) terus nangis dah tak peduli dah orang tengok ke apa.. memang semangat dah tak da time tu...masuk kereta orang pertama yang lynn telefon emak dan ayah...n dah tentulah klau dalam hal macam nie ayah yang akan cakap..bagi suggestion ape yang perlu buat.. sebab time tu lynn cakap pun ayah dah tak boleh dengar sangat.. dah melalak... kalau bagi emak yang cakap makanya air mata bertambah laju (biasalah ayah lebih tabah)
hari tu jugak kami ke private.. sebab kalau tak dapat ubat pun sekurang-kurangnya dapat mc..n ye lynn dapat mc untuk dua hari.. khamis n jumaat..
24 April 2014
pagi tu lynn baring je.. semua en roommate yang siapkan.. percayalah lynn cakap..jaga isteri dalam pantang dengan jaga isteri yang pregnant tapi ade pendarahan amatlah berbeza..sebab lynn memang kena bed rest je.. sebelum en roommate pergi kerja dia dah siapkan sarapan, siap makan tengah hari dia yang masak semua. makanan dah terhidang.. lynn memang tak perlu banyak bergerak.
petang tu dalam pukul 5 tiba-tiba lynn rasa perut memulas.. macam ade benda nak keluar tapi kat perut tak rase pun sakit macam nak terberak.. perut memang memulas tapi lain..macam mane nak terangkan ea?
sakit perut tu on off.. time tu tak terfikir pun yang tu adalah tanda-tandanya..
bila lynn pergi bilik air tengok ade fresh blood cuma time tu memang sikit.. setakat bertompok je.. apa2 semua lynn update dekat en roommate.. bila en roommate balik kerja...dia tengok lynn dah tak tahan nak menahan sakit perut..en roommate ajak pergi ke hospital.. tapi lynn tak nak lagi..sebab biasanya kalau pergi hospital gov dorang akan tanya..
dah guna berapa pad?
lynn punya pendarahan memang tak banyak..kalau tak tuka pad dalam sehari pun tak pe.. so lynn suruh en roommate tunggu dulu..time tu sakit sangat perut...dan time tulah baru terfikir.. yang tu tanda-tanda nak bersalin/keguguran..
so lynn bersiap2 nak pergi hospital.. kami tak pilih lagi nak g private ke gov.. siap2 je dulu..pack apa2 barang yang dirasa perlu..capai apa sahaja yang dirasa perlu..lepas magrib..
keluar rumah..en roommate mangga pagar dan tulah dia..secara tiba-tiba lynn rasa ada benda yang keluar.. time tu tak cakap ape2..guna bahasa isyarat je..tunjuk bawah..kelam kabut en roommate buka pintu balik.. terus lynn pergi bilik air.. bila buka je seluar.. dan sah.. khalifah kecil tu dah keluar..time tu kami laki bini terduduk di bilik air.. lynn kat dalam bilik air.. en roommate kat luar.. time tu air mata dah tak mengalir.. cume sedih sangat.. rasa bersalah sangat bila lynn tak dapat jaga amanah Allah dengan baik.. rase bersalah sebab lynn tak dapat lagi nak beri pewaris kepada en roommate..dan time tu bukan lynn je perlukan semangat.. lynn yakin en roommate juga perlukan semangat...dan kami tiada sesiapa..kami berdua sahaja..diketika itu...
lynn ambil masa untuk bertenang kemudian barulah kami pergi ke hospital.
sampai hospital..masuk bilik kuning..dan time tu scan memang tak nampak lah... akhirnya pergi ke wad 5 semula nak jumpa doktor pakar sakit puan..tunggu lama jugak.. doktor yang sepatutnya tiada kat situ sebab masih buat rondaan... wad ramai pesakit agaknya.. sepatutnye doktor farhan lagi.. tapi doktor munir yang ambil keterangan lynn.. so mulalah cerita sejarah dari awal hingga akhir.. bila doktor scan perut memang tak nampak dah so tunggu doktor untuk scan bawah nak pastikan yang dalam rahim dah clear..
hari tu doktor perempuan yang buat scan melalui bawah
nie bukan first time lynn guna benda nie..sebelum nie tak rase sakit sangat..dengan tiba-tiba.. mak aiii ganasnya doktor nie.. doktor perempuan tu.. die nak tengok skli rahim belah kanan dan kiri...di godek2nya.. ya Allah sakit hanya tuhan yang tahu..
Alhamdulilah.. keguguran ini dipermudahkan lagi oleh Allah.. tak payah buat D&C.. doktor bagi mc seminggu..
sementara tunggu dapat mc tu..dah pukul 12am... maksudnya 25 April 2014.. dan itu adalah tarikh hari lahir lynn.. dapat mesej daripada ayah yang tak pernah lupa birthday anak dia yang manja nie..
time nie memang tengah tunggu mc.. duduk depan doktor munir tu.. sementara tunggu doktor H punya sign kat mc.. lynn baca mesej nie..bukan ape memang lynn perlukan sangat emak dan ayah time nie.. terus air mata laju.. serius kali nie memang down sangat.. nak peluk semua orang nak dapatkan kembali kekuatan..
lynn keluar daripada wad tu.. cari en roommate.. kesian dia..orang lain semua tunggu isteri bersalin..tapi en roommate tunggu isteri yang baru sahaja keguguran.. sesungguhanya kegagalan kali ini amat memberi kesan yang teruk untuk lynn.. malam tu tidur tak nyenyak..
berdosanya diri ini bila terfikir kenapa aku yang diberi dugaan sebegini.. Allah....
dan mc seminggu itu lynn duduk di kluang..bukan kerana nak emak jaga dalam pantang.. tapi kerana kekuatan dah takada ketika itu.. memang dah tak kuat...
hampir 3 minggu keguguran...semasa lepas keguguran lynn memang terfikir takut dah nak mengandung lagi.. tapi sekarang nie.. lynn tak sabar nak tunggu lepas 3 cycle miss p.. nak pregnant lagi.. sesungguhnya dugaan Allah nie buat lynn bertambah semangat dan kami akan terus usaha..
keguguran kali nie terasa amat sakit..dan lynn rasa lagi sakit keguguran daripada bersalin(walaupun belum alami) sekurang-kurangnya sakit bersalin terus hilang bila ada anak depan mata.. tapi sakit keguguran lebih kepada sakit jiwa dan raga untuk menerima ujian hebat daripada Allah...
kenangan lalu... app yang lynn guna i'm expecting.. masa nie memang belum tahu pregnant..cuma sebab dah lewat period lynn saja je try..kalau tak due date 5 dec..
bila lagi boleh guna app nie ea.. cute2 je..yang atas nie google.. je..heeee.. doakan kami suami isteri untuk ada zuriat ye... dan saya juga akan doakan anda semua jugak..
update: kehamilan ketiga dan keempat,penantian zuriat kami
8 comments :
Assalam lynn,
Sy hnya nk bg cadangan. Awak cuba amlkn mknan sunnah spt kurma, madu, susu kambing, atau selain tu cr tukng urt y bpengalamn..
Alhamdulillah dengan izin Nya saya mengandung n skg da 5 buln.. harap rzeki awak akan datg in syaa allah..
Klo ade pape awak boley email sy noorfaezahrazak@gmail.com
;)
Sabar ya lynn.. sy jg pernah mengalami pengalaman serupa.. sakitnya itu hanya Tuhan dan org yg pernah alaminya tau. Mudah2an ada rezeki lain yg lebih baik dan lebih indah. Amin..
Sy pernah alami.. sgt sedih smpai xnak jumpa suami.. rasa bersalah dan tkot kecewa kn suami..
N skrg ni susah betoi nak hamil blik...doakan sy jgak ye
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.
Sabar ye..saya faham perasaan tu..sy dah keguguran lima kali..sedihbdan sabar tu dah biasa..cuma bila kita berdyukur dan redho lebih tenang..sekarang masih tunggu rezeki..doakan kita bersama..
Betul itu, kita sabar itu harus,,,, semoga smua kita cpet dapat rezky
Story ni dah lama.tai nak share juga.iman pun blm bjaya hamil selepas 4 kali gugur.sedih juga bila kenangkan diri yang seolah tak berguna utk suami...Allah..berikan kami zuriat lagi.aamiim
Semoga dapat zuriat lg . anak kembar pula nanti .aminn
Post a Comment