iklan neh besshhh lerrr..

Wednesday, 17 July 2013

Macam mana nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadan?


cara2nya...
tak larat nak buat 1 hari 1 juzuk? yelah balik solat terawih dah pukul berapakan? 

nie yang lynn buat.. berjaya or tak lynn pun tak tahu..sebab lynn pun baru je mencuba formula nie..cuma lynn tak la bahagi dengan 30 hari dalam bulan ramadan..sebab kita wanita kan ada hari istimewa.. so dalam setiap hari lepas waktu solat lynn ambil sedikit waktu untuk membaca Al-quran.. tapi kalau korang kata susah sebab waktu kerja tak boleh kan.. 
so lepas solat subuh lynn lebihkan sikit muka surat untuk baca..
dan waktu asar pun lynn lebihkan juga...untuk cover waktu zohor..

lepas solat magrib..lynn akan baca lebih juga sementara tunggu waktu isyak..kadang2 lepas terawih sambung sikit lagi untuk cukupkan bilangan muka surat dalam sehari..

tapi kalau tak larat tu tak payah la kita paksa diri kan? namun sekurang2nya kita cuba untuk tambah lagi pahala dalam bulan yang penuh dengan berkat nie..


 nie adalah salah satu daripada azam lynn untuk tahun nie...azam untuk dunia je..akhirat kita kena ingat jugak..
lynn memang suka pasang niat dan azam... sebab kita manusia bukan selalu berada di landasan yang sebenar.. so dengan adanya matlamat kita...sekurang-kurangnya kita tak lah terlalai... dan kadang-kadang sebagai manusia kita memang perlu aturkan hidup kita..sebab bila nak tunggu diri tu sedar kadang-kadang tak sedar2... dah tersedar bila semuanya dah lambat...rugikan..emm peringatan untuk diri sendiri..



sharing is caring...
Assalamualaikum~~


p/s: mungkin orang kata nak baca Al-quran bukan dalam bulan ramadan je...bulan-bulan lain tak baca Al-Quran ke? kita nak jawab apa?





Image Hosted by ImageShack.us

No comments :

iklan-iklan!!!

~~

Daisypath Graduation tickers