Assalamualaikum~~~
Alhamdulilah akhirnya berupdate jugak blog ni.. hehe
sebelum baca entri kali ni boleh la khatamkan dulu
Alhamdulilah akhirnya berupdate jugak blog ni.. hehe
sebelum baca entri kali ni boleh la khatamkan dulu
PART 1
kehamilan dan keguguran pertama
PART 2
kehamilan dan keguguran kali kedua
Entri kali ni agak panjang, sebenarnya panjang tapi lynn akan cuba lah untuk pendekkan sebab entri kali ini bersambung daripada tahun 2017 sehingga la sekarang dah 2019. Zaman sekarang dah jarang dah orang berblog tapi ok je kalau nak teruskan since sampai sekarang orang search pasal kehamilan, keguguran, lepas tu ada yang tanya dah ade anak belum daripada entri yang lepas. so here we go....
Tahun 2017
Kejadian dalam bulan ramadan, mase tu memang dok tunggu waktu period tapi tak kunjung tiba...haha dan waktu tu biasa lah sibuk mengemas rumah, siap jahit langsir lah. Satu hari tu terperasan waktu menjahit rase macam nak period dan time tu ade spotting sikit. Dengan bangganya bagitau dekat en roommate period dah!!
.
tapi hampa, sebab period cume spotting je, pelik sungguh, rasa tak sedap hati dan kebetulan waktu tu kat umah dah kehabisan stok pregnant test yang ade cume ovulation test je..
Malam tu lepas je waktu berbuka terus ke Farmasi cari pregnant test. SAH mengandung naik 2 line. tak tau nak happy ke nak sedih, sebab rasa takut mana taknye 2 kali mengandung dan keguguran.
23/6/2017
pergi scan dekat klinik suba, klinik yang dekat dengan rumah je. Tujuan scan sebenarnya nak tau keadaan kandungan. Dalam perut bukan kita boleh nampak ape pun kan dengan mata kasar. Bukan kerana suka sangat dan tak sabar, tapi lebih kepada takut. Bila scan tak nampak pun kantung, tak nampak pun tanda-tanda macam mengandung, lynn dah tak sedap hati, tapi doktor tu cakap mungkin masih di awal kandungan jadi masih tak nampak dan tak perlu risau sebab waktu tu dah tak ada spotting.
Tak ingat actual date hehe, pagi-pagi dapat call dari hospital suruh datang untuk appointment keputusan keguguran tu, nak bincang masalah yang ada pada janin jika ada, yang menyebabkan keguguran. Sebelum appoinment memang risau sebabnye sebelum ni ambil sample darah tapi tak pernah pulak hospital call untuk appointment lepas keguguran. Ade masalahkah?
Alhamdulilah waktu appointment tu dengan dokor pakar Azah, dia terangkan janin yang lepas memang tiada masalah, dan masih tak dapat dikenal pasti punca keguguran,
dipendekkan cerita, doktor tu tau dah lame sangat kawin dah 5 tahun lebih waktu tu dan dah 3 kali keguguran berulang. doktor cadang buat ujian untuk antibodi sebab takut antibodi lynn yang tolak benda asing (janin) dalam badan. kalau tiada masalah antibodi doktor cadang pulak untuk cek genetik kami suami isteri, tapi tu peringkat seterusnya. keputusan ujian darah untuk antibodi ni lama, makan masa 4 bulan. Next appointment 18/2/2018
Tahun 2018
18/2/2018
Frust appointment cancel sebab waktu tu cuti raya cina. menangis.. sebab kalau boleh nak cepat2 tau result tu. Nak usaha kali keempat pulak. Call o&g dapat appointment 07/4/2018
28/3/2018
Last period 26/2/2018.. waktu ni dah lewat period 2 hari. plan asal en roommate ajak pergi taman botani dekat Batu Pahat. waktu tu rase takut pun ada sebab period tak lagi tapi nak buat aktiviti lasak nanti. Nak test upt macam terlalu awal, membazir since tanda-tanda mengandung pun tak ada lagi. malam tu en roommate keje jam 11pm (Eo) dah puku 1am lynn tak boleh tidur dok risau je . terus bangun pergi bilik air buat test.
Alhamdulilah progress kandungan kali ini cukup memberangsangkan.. setiap kali appointment akan dapat khabar gembira daripada doktor. selain makan duphastos sampai usia kandungan 16 minggu, doktor faisol bagi jugak ubat aspirin sewaktu usia kandungan 7minggu hingga 36 minggu..

hari raya.. waktu ni family lynn dah tau lynn pregnant. memang banyak rest raya pun tak kemana..hehe
29/6/2017
dengan tiba-tiba perut rasa sakit, mula pendarahan time tu dah ade dekat rumah sendiri. bedrest. risau. takut.
30/6/2017
pagi-pagi dah pergi hospital. pergi kecemasan, scan still tak nampak kantung last2 kena tahan wad.
DALAM WAD
yang setia menemani..
doktor cadang nak buat ujian darah setiap 48jam, hasil dari ujian darah yang awal memang sah mengandung tapi tak nampak kantung. suspek early prengnancy atau etopic. Hasil daripada ujian darah, bukan etopic tapi early pregnancy cuma diancam keguguran sebab dah bleeding. keluar wad, duduk umah dan bedrest sahaja. tunggu je la keputusannya.
keluarga mertua datang melawat sambil beraya.
4/7/2017
dalam jam 3.30ptg keluar darah berketul, sakit perut yang amat, rase memulas. dah la waktu tu en roommate baru masuk kerja pukul 1.00 ptg dan akan balik kerja pukul 11 mlm.(eo) last2 mintak tuka dengan kawan dia yang masuk shift eo 11mlm.
4.50ptg sampai hospital duk menunggu dekat kecemasan time tu ramainye orang, pukul 7.30mlm baru la nombor di panggil. Scan lagi. still tak nampak kantung. pakai speculum yang kite panggil muncung itik tu.
FINAL DIGNOSIS: completed misscariage.
jam 10.30 mlm baru masuk wad, en roommate kelam kabut bawak barang naik wad sebab sepatutnya dia dah balik dah nak masuk kerja jam 11 mlm. tak sempat nak peluk en roommate nak kekuatan nak semangat. salin baju hospital, salam en roommate dan dia balik.
12am nurse datang nak masukkan air lagi, mintak sample air kencing. nurse ni dah kenal lynn sebab sebelum ni dah masuk wad yang same. nurse tu tanya.. kenapa hari ni saya nampak awak lain sangat. ada apa2 yang awak nak cerita? lynn tak bercerita tapi terus nangis.. macam mane nak redha, nurse tu terus peluk...
5/7/2017
dah banyak kali scan oleh doktor yang berbeza still tak dapat detect, rahim kosong tapi nampak tebal. disebabkan dah banyak sangat scan TVS takut jangkitan kuman sebabnye sel darah putih lynn tinggi.
TVS
Petang tu discharge tapi masih kena datang appointment dekat klinik o&g
16/7/2017
cek upt sendiri, sebelum appointment degan o&g, upt still positif tapi waktu tu dah pudar doktor ambil sample darah untuk cari punca keguguran kali ni. Discharge dari o&g.
Bulan 10 2017,16/7/2017
cek upt sendiri, sebelum appointment degan o&g, upt still positif tapi waktu tu dah pudar doktor ambil sample darah untuk cari punca keguguran kali ni. Discharge dari o&g.
Tak ingat actual date hehe, pagi-pagi dapat call dari hospital suruh datang untuk appointment keputusan keguguran tu, nak bincang masalah yang ada pada janin jika ada, yang menyebabkan keguguran. Sebelum appoinment memang risau sebabnye sebelum ni ambil sample darah tapi tak pernah pulak hospital call untuk appointment lepas keguguran. Ade masalahkah?
Alhamdulilah waktu appointment tu dengan dokor pakar Azah, dia terangkan janin yang lepas memang tiada masalah, dan masih tak dapat dikenal pasti punca keguguran,
dipendekkan cerita, doktor tu tau dah lame sangat kawin dah 5 tahun lebih waktu tu dan dah 3 kali keguguran berulang. doktor cadang buat ujian untuk antibodi sebab takut antibodi lynn yang tolak benda asing (janin) dalam badan. kalau tiada masalah antibodi doktor cadang pulak untuk cek genetik kami suami isteri, tapi tu peringkat seterusnya. keputusan ujian darah untuk antibodi ni lama, makan masa 4 bulan. Next appointment 18/2/2018
penguat semangat makngah dan pakngah, setiap kali balik dari hospital mesti pergi rumah budak-budak ni.. tenang~~~~
Tahun 2018
18/2/2018
Frust appointment cancel sebab waktu tu cuti raya cina. menangis.. sebab kalau boleh nak cepat2 tau result tu. Nak usaha kali keempat pulak. Call o&g dapat appointment 07/4/2018
28/3/2018
Last period 26/2/2018.. waktu ni dah lewat period 2 hari. plan asal en roommate ajak pergi taman botani dekat Batu Pahat. waktu tu rase takut pun ada sebab period tak lagi tapi nak buat aktiviti lasak nanti. Nak test upt macam terlalu awal, membazir since tanda-tanda mengandung pun tak ada lagi. malam tu en roommate keje jam 11pm (Eo) dah puku 1am lynn tak boleh tidur dok risau je . terus bangun pergi bilik air buat test.
double line...
Malam tu tidur pun tak tenang, tak bagitau lagi dengan en roommate sebab die dah excited nak berjalan.. subuh tu test lagi.. untuk orang yang macam lynn ni kat umah memang banyak ovulation strips bila beli dapat pulak pregnant test free. Jadinya memang banyak sangat pregnant test haha.
test lagi waktu subuh tu.. still double line... betul ke tak ni.. berdebar-debar. en roommate balik 7am , tapi tak bagitau dia lagi. pukul 10am test lagi.. haha kali ni kejut en roommate yang tengah tidur.. riaksi dia.. diam. nampak suka tak, x nampak suka pun tak.. ku tau mesti takut gak sama macam lynn..haha so cancel la ke taman botani bagai.
bukan setakat tu je biasa setiap minggu balik umah mak, tu pun lynn cancel, segala aktiviti dengan perkep lynn cancel. duduk rumah bedrest sebab nak tunggu appointment 7/4/2018.. dalam masa beberapa hari boleh jadi macam2.. Sementara tu continue asid folic, vitamin dan lynn suruh en roommate beli duphaston dekat farmasi.
7/4/2018
hari yang dinanti.
berdebar sebenarnya sebab sepatutnya hari ni dapatkan result untuk antibodi. dalam masa yang sama nak bagitau doktor lynn mengandung.
doktor pakar Faisol: result hari tu negatif puan. jadinya memang puan tiada masalah antibodi. Last period bila puanlynn: last period saya 26/2/2018, tapi doktor masa tu saya buat upt naik dua line.. fuuhhhhdoktor faisol: period bulan 1?lynn: emm 3/1/ 2017doktor faisol: jadinya saya tak nak guna last period untuk edd. kalau mengandung kita kena jaga betul-betul. kita scan puan? saya buat tvs scan boleh ye?
Hasilnya Alhamdulilah dah nampak kantung kecil je, usia kandungan dalam 5minggu. doktor faisol buat lagi appointment dengan dia 2 minggu lagi.
ingat sampai sekarang : doktor faisol, insyaallah puan kali ni kita akan jaga betul-betul
lepas ambil ubat dekat farmasi, terus makan duphaston 4biji serta merta, bersyukur sangat sebab dapat bekalan ubat yang banyak, berdasarkan pengalaman dulu dapat duphaston 5biji je..hehe kita tau ubat ni mahal rm58 untuk 20 biji je.
balik daripada hospital terus ke rumah mak, sebab dah 2 minggu tak pergi umah mak, walau hari2 duk whatsapp tapi tak sama macam berjumpa.. sampai je..
mak: dari mana ngah?lynn: hospital.. appointmentmak: kenapa lama tak balik umah mak? ayah dengan mak inga angah merajuk ngan ayah mak..lynn: pegi hospital tadi, angah mengandung lagi, takut nak bagitau mak dengan semua, angah dua minggu tak kemana duduk dekat rumah je..mak: Alhamdulilah.. mak ingatkan merajuk.. macam mane tadi blablablabla....
25/4/2018
banyak kenangan yang tak seronok untuk hari ulangtahun kelahiran lynn, kalau boleh memang tak nak sambut, 2 kali keguguran , 2 kali di waktu hari kelahiran lynn. kali ni agak seronok sebab bedrest kat rumah tak buat apa-apa, masak, kemas rumah, basuh baju semua en roommate yang buat,
tiba-tiba 25/4/2018 ada orang datang rumah hantar bouquet coklat dengan kek, daripda family lynn..
27/4/2018
appointment dengan doktor faisol lagi, kali ni scan, usia kandungan dah masuk 7minggu lebih, dah ada denyutan jantung. ini lah hadiah hari lahir yang amat bermakna. doktor buat surat untuk serah dekat klinik kesihatan untuk bukak buku pink.. alhamdulilah
kali pertama buat buku pink walaupun dah kali keempat mengandung. Allah je yang tahu perasaan kami suami isteri.
Alhamdulilah progress kandungan kali ini cukup memberangsangkan.. setiap kali appointment akan dapat khabar gembira daripada doktor. selain makan duphastos sampai usia kandungan 16 minggu, doktor faisol bagi jugak ubat aspirin sewaktu usia kandungan 7minggu hingga 36 minggu..
peneman setia setiap kali appointment ..
raya yang amat bermakna untuk kami, masa ni dah 4 bulan, baru bagitau dekat family mertua yang lynn mengandung lagi..
bila kandungan dah masuk 6 bulan lynn makin aktif. uruskan majlis kahwin adik, kesana kemari waktu majlis buat semua orang risau. hehe tapi sebenarnya ok je..
sehari sebelum due.. kena serah diri esoknya sempat lagi makan macam-macam dekat kenduri kahwin jiran..hehe
bila dah serah diri.. lynn kena induce.. alhamdulilah, nikmat Allah .. dipermudahkan segala urusan sewaktu kehamilan kali ini.. dan dengan harapan agar dipermudahkan jugak untuk kelahiran..
sewaktu lynn dalam labour room, mak dengan ayah tunggu dekat luar, lynn tau mak tengah risau, ayah pulak sibuk ambil gambar..hehe kalau ayah tak ambil gambar, memang tak ada la kenangan kan?
Alhamdulilah lynn selamat melahirkan zuriat kami..
baby boy
berat 3.89kg
3/12/2018
jam 6.17pm
buku ni adalah perjalan sepanjang kandungan yang keempat.. menunggu khalifah kecil..
alhamdulilah...
12 comments :
as salam, tahniah atas kelahiran..sebelum ni saya 1st pregnant masa 9/18 tapi gugur 11/18.. alhamdulliah, sekarang tengah mengandung untuk 2pregnancy baru 5w.. boleh saya tau ubat duphaston tu untuk apa ye? bukan apa, saya pun macam puan jugak.. risau pregnancy kalini jadi macam yang sebelumnya.. puan ada apa2 cadangan atau kata2 semangat untuk saya hadapi pregnancy kalini.
sis... pm sy no tel sis... 0146533718
sis whtsap sy sis... 0146533718
sis whtsap sy sis... 0146533718
Wasalam.. tahniah utk second pregnancy.. jage diri tau..
Ubat duphaston tu biasanya utk kuatkan rahim.. dan kebiasaan mmg hospital yg bagi..ade sesetengah farmasi x bagi jual kalau tiada surat daripada doktor..
Puan kena sentiasa fikir positif dan banyakkan berehat.. insyaallah dengan izin Allah..dipermudahkan segalanya..
Sis, sy juga sudah keguguran kali pertama dan ketika makan duphaston keluar darah fresh dan terus gugur. Sekarang sy pregnant yang kedua dan masih bleeding seperti yang pertama. Saya scan dan kantung kosong... Perlu ke sy makan duphaston untuk kandungan kedua ini walaupun tiada kantung.
Biasanye duphaston doktor yg bagi atas nasihat doktor, sebab keguguran awal kehamilan mmg ats faktor janin itu sendiri x boleh survive..jadi kalau makan duphaston kalau bayi tu nak survive ia akan survive dan kalau x survive pun tiada masalah kalau kte mkn duphaston
Salam puan, untuk kehamilan keempat ada berlaku bleeding ke?
salam lynn...wife ipin ye...cari² terjumpa pula blog ni...akak senior dia dulu masa dia utm sat..akak pernah jumpa lynn juga rasa...akak preggy anak ke2 ni...pernah gugur masa 1st pregnant...yg sulung tu kira pregnant yg ke2...yg masa anak sulong pun akak ada spotting sampai dia 6 bulan...pregnant ni pun ada ada spotting sikit²...risau juga...check dah...scan...baby ok...ni masuk 14 weeks...pantang buat kerja sikit mesti ada spotting...kalau ada bleeding mmg akak p klinik terus...ada spotting ni akak just p klinik kalau spotting berlanjutan 2,3 hari...nak elak risau tu x boleh...Alhamdulillah so far ok...cuma risau sgt hati.
Wsalam..kehamilan yg ke empat mmg tak ade bleeding.. sbb time tu sebelum mengandung dah under pakar o&g.. jadi awal kehamilan doktor dah bagi ubat duphaston.. dan mase 16w doktor bg ubat cair darah..
Salam kak..ha'a ye wife ipin..mcm mane dgn kandungan sekarang?
Moga semuanya ok saje.. dulu time mengandung mmg banyak bedrest je.. mmg x berani nak buat keje lbh2. Akk ade makan ubat ape2 ke yg doktor bagi?
Assalamualaikum..
Sy penah keguguran kali pertama bln 2 dn buat dnc..cuma arini 4/5 test urine weakly positif..dn hari ni da 2hari pendarahan.. doc xbg pn ubat duphaston..boleh ke beli terus kt farmasi?boleh wasap sy x 0185700698 dalila.. sy risau jika btul kali ni pn gugur jgk..
Post a Comment