iklan neh besshhh lerrr..

Sunday, 30 June 2013

Anak kesayangan ayah..

Assalamualaikum~~~
selamat berhujung minggu... sihat ke? lynn kurang sihat.. selsema, batuk.. nasib demam dah kebah...Alhamdulilah... sebab esok keje...dan minggu pertama bulan julai sebelum ramadan memang sibuk....tadi pagi hari sukan..penat~~ phewww..

then tadi kami pergi jalan-jalan di kajang.. sambil en roommate cari2 barang untuk "homeoffice" die tu... then selesai semua urusan..balik...singgah kedai runcit yang dekat dengan kawasan umah... lynn suruh en roommate belikan sayur dengan majerin ...lynn malas nak turun kereta...

sambil duduk berangan dalam kereta tu..sekilas pandang je..lynn pandang sebelah kanan ke arah kedai... dengan tiba-tiba terpandang seorang lelaki..

ya Allah... sebiji rupa ayah... bentuk muka... dengan pakai cermin mata..rambut.. memang sebijik la dengan ayah lynn.. sekali pandang.... tapi lynn terus tak pandang-pandang dah.... pandang sebelah kiri..air mata jatuh...... rindunya kat ayah....rindu sangat2...


nampak en roommate nak datang je dekat kereta... terus kesat air mata laju2...tak nak nampak kesan langsung... tapi memang fail la kan nak bagi hilang kesan nangis tu dalam sekelip mata...

dalam hati memang harap2 en roommate tak perasan la yang lynn menangis..dan harap sangat en roommate tak tegur.. sebab kalau en roommate tegur comfirm la air mata jatuh lagi...

tapi dah takdir... en roommate tanye..

"hooney menangsi ker? kenapa hooney menangis...."

arghhhh..sudah.. time tu jugaklah dekat era.fm keluarkan lagu  kehilangan by firman...

terus air mata jatuh mencurah2.. sambil cerita kat en roommate ape yang lynn nampak..walaupun sekadar bayangan yang macam ayah.... tapi perasaan yang datang tu memang lain macam...ayah bukan jauh pun dekat  kluang johor je... dan baru je 2minggu lepas balik kluang..tapi rase rindu tu macam dah bertahun2 tak balik jumpa emak dan ayah...

setiap kali nangis sebab rindu dekat keluarga en roommate mesti akan cakap  macam nie...

hooney nak balik kluang sekarang? jom!

hooney nangis macam nie ibarat hooney duduk dengan abang kat sini  asyik kena dera je...tersiksa...


hehehe..boleh en roommmate cakap macam kena dera..bukan ape...dah nama anak kesayangan ayah..macam tulah... benda tak seberapa pun kalau melalak nombor satu...lagi-lagi kalau berkaitan keluarga.. lagi la orang nak sentuh nak usik keluarga lynn... memang orang tu akan jadi blacklist dalam hati lynn...

kalau dulu time belum kawen tafsiran mak tu lynn melalak....macam mati laki....kakaka...



rindu kesayangan lynn nie...




sebab tu la menangis bila dengar lagu kehilangan by firman...tapi nie by en ayah lynn ...hehehe..lantak orang nak cakap ape... sebab kalau orang lain tak nak tengok video  nie...anak kesayangan dia hari2 nak tengok video nie... sebab dulu kami adik beradik selalu dengar ayah nyanyi...sekarang lynn dapat dengar kat sini je hari2...




rajin2kan lah diri nak tengok entri lama-lama bout kerinduan lynn pada keluarga...hehe
rindu 2009
untuk ayah tersayang 2010
rindu bertandang lagi 2010
angah!!! rindu 2012
luahan rasa rindu 2013

tahun 2011 tak de sebab time tu dah habis belajar...dan berada di kluang je...
kepada en roommate.. sory memang hooney kalau rindu kat famly melalak lain macam..bukan je sejak berkahwin...tapi dari zaman belajar lagi... memang tak berubah...dan susah nak ubah..sebab hooney anak kesayangan ayah..... ;)

#blogbukantempatluahperasaan  hehe

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, 27 June 2013

Penggurangan bayaran balik pinjaman Mara (pengesahan pegawai A)

Assalamualaikum~~~~
schedule entry...
dah lame gila abis belajar..kikiki..tapi baru je nak update tentang permohonan bayaran balik pinjaman mara..
boleh gitu? hehehe...

nie cerita dah lama...tapi ok gak untuk orang2 lain dapatkan maklumat di sini... selain cerita hal sendiri..  cerita jugak benda yang bermaklumat kan?


untuk memohon pengguranan bayaran balik pinjaman mara.. semua transkrip, sijil ijazah kena ada pengesahan daripada pegawai A. dan tempoh untuk memohon penggurangan bayaran pinjaman mara nie mesti dalam tempoh 2 tahun.. so mohon cepat2 kang daripada dapat biasiswa terus tak dapat...hihihi

kadar penggurangan pinjaman pelajaran

3.50-4.00 :biasiswa
3.00-3.49 :bayaran balik 10%
2.50-2.99 :bayaran balik 25%
2.00-2.49 :bayaran balik 50%
lain2 korang boleh search kan? lynn nak cerita pengalaman lynn time mintak cop pengesahan daripada pegawai A..lynn dah duduk dekat kajang.. so kalau nak mintak cop pengesahan nie selalunya orang akan pergi ke sekolah la senang.. berbanding tempat lain..tapi kalau dah duduk kajang..balik kluang pulak sabtu ahad..mane nak pergi sekolah tercinta tu kan? sebab lynn dulu time nak sambung belajar..pergi sekolah untuk mintak cop pengesahan... tapi time tu pengetua lynn tak de.. so terpakse pergi sekolah lain...sebelah taman je.. tapi pengetua tu punya membebel sebab lynn bukan ex student sekolah tu... cis.. mendidih telinga kena bebel... nasib time tu ade ayah sekali... ayah la tolong backup anak kesayangan dia nie..hehe...

sejak tu nak mintak je cop pengesahan mesti suruh orang lain cakap kan.. dan orang itu ialah en roommate..kikiki... en roommate suruh je redah sekolah yang ada dekat semenyih n kajang...tapi lynn tak nak.. dan time tu teringat yang en roommate pernah mintak cop pengesahan tuk pegawai A dekat klinik kesihatan Mantin..time tu untuk dapatkan Pinjaman PTPTN dan yang sign dah tentulah doktor kat situ... senang je dapat...so kami pergilah untuk mintak lynn punya pulak...tapi bukan dekat mantin... dekat semenyih je...dekat..

seperti biasa..lynn suruh en roommate yang cakapkan...


en roommate: Assalamualaikum...boleh tak saya dapatkan cop pengesahan daripada doktor.  cop salinan di sahkan..
nurse: banyak ke?
en roommate: tak banyak dalam 10 helai
nurse: banyak jugak tu...tak pelah sy tanya doktor dahulu kalau doktor nak
nurse: maaf la dik doktor kata dia tak kenal...jadi dia tak boleh buat....
en roommate n pn hooney: !@#@@!#$



kakaka..boleh ke gunakan alasan sebab tak kenal..hello kami siap bawak sekali sijil yang ori ok...

lepas tu tak tau nak pergi mana.. en roommate dah suruh je redah sekolah yang ade... time tu hari jumaat kami ambil halfday semata-mata nak uruskan urusan nie je...kang rugi je halfday kalau tak dapat cop pengesahan...

lynn tak nak jugak pergi sekolah..sebab takut alasan yang sama... paksa en roommate pergi pulak klinik kesihatan Kajang... tak jauh pun...dekat je..dalam 10 minit sampai...sebelum nie tak nak pergi klinik kesihatan kajang  sebab takut doktor busy sebab ramai orang...dekat semenyih tu bukan ramai orang pun....
kami pun menuju ke kaunter 1 dan tanya..

en roommate: assalamualaikum...boleh tak saya nak dapatkan cop pengesahan salinan di sahkan daripada doktor?
nurse: boleh..tapi biasanya hari isnin-khamis..jumaat biasanya doktor busy... kalau nak cuba jugak boleh amik nombor...

boleh pulakkan...dekat semenyih tak boleh..cis punya doktor...tapi siap kena ambil nombor lagi..tapi kami tak pasti boleh dapat or tak yelah sebab nak dapatkan cop tu mesti hari isnin-khamis...
so kami decide nak pergi minggu depan hari isnin...

balik dengan penuh hampa.....tiba -tiba dalam kereta... dapat idea..
pergi sekolah en roommate.. en roommate dulu Sekolah Menengah Teknik Kajang dekat je dengan rumah...
tapi yang membuatkan lynn setuju nak pergi sekolah en roommate ialah daripada idea bernas en roommate...

en roommate: kite pergi je la sekolah abang
pn hooney: e.... boleh ke.. kang kena mara.. tak nak la...
en roommate: abis bila lagi nak pergi..minggu depan abang dah malas nak cuti-cuti lagi... takpelah...abang pura-pura mohon sekali la cop pengesahan tu...nanti bagitau dekat kerani sekolah tu hooney isteri abang tumpang sekali....
pn hooney: boleh ke tumpang-tumpang... eemmmm yelah...


so kami pun pergilah ke sekolah en roommate...

seperti yang dijangka...

kerani: awak dulu sekolah sinikan? (dah agak dah mesti soalan tu yang di tanya)
en roommate: ha'a.. saya habis tahun 2005... sambil tunjuk sijil berhenti sekolah...tapi nie isteri saya..die tumpang sekali la mintak cop sebab dia duduk johor...
kerani: emm ok2 boleh2...

selesai cop2... pergi jumpa pengetua.. nak mintak autograph...
sekali lagi tanya..

Pengetua: awak dulu sekolah sini?
en roommate : ha'ah... tahun 2005 saya kelas 5gigih...
terus cakap...yang nie isteri saya..dia tumpang sekali sebab dia asal dari johor... padahal pengetua tu tak tanya pun lynn nie siapa...kikiki...

akhirnya dapat juga cop pengesahan tu...memang dah takdir Allah... en roommate duduk KL tapi sekolah dekat Kajang dan kami pulak duduk dekat Kajang..cube kalau en roommate sekolah dekat KL...jenuh nak pergi time tu...jauh kan...so lepas nie g teknik kajang je la...kalau nak mintak cop pengesahan..

bila cita dekat ayah mentua... dia cakap..kenapa tak pergi kat tempat ayah..cakap je nama ayah..senang je dapat.. tapi time tu dah pukul 3..kami malas nak pergi bomba KL..takpelah asalkan dapat...

so..senang pergi sekolah jelah..tapi sekolah sendiri..bukan sekolah orang..nanti kena bebel..kakaka...


benda yang penting kena tutup...rahsia kerajaan...kakaka...






Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, 26 June 2013

Ramadan yang hilang | Samarinda tv3

Assalamualaikum....
hari nie baru sahaja bermula drama terbaru untuk slot samarinda di tv3..
lynn jarang tonton slot samarinda..tapi untuk slot samarinda time bulan puasa buat tertunggu2.. banyak pengajaran yang kita boleh dapat melalui slot samarinda time bulan puasa.... tonton2 juga..
siapkan diri,minda dan kukuhkan pegangan kita dengan ramadan kali ini..lagi berapa hari je kan?
dah ganti puasa?

so nie lynn ada ambil sikit sipnosis drama tersebut


Mengisahkan konflik dua beradik Zafirah(Eira) dan Delisha(Syatilla).Delisha merupakan anak angkat kepada keluarga Zafirah. Konflik berlaku apabila Delisha mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka hingga menyebabkan zafirah terasa disisih.Delisha yang pernah didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya.Oleh itu Delisha sentiasa murung dan sering ponteng kelas.Berbeza dengan Zafirah yang periang,bijak dan bahagia dengan kasih sayang ibu bapanya Saadiah dan Zubir.Kehidupan Zafirah berubah bila Delisha hadir dalam hidupnya. Delisha berlagak sombong dan sukar untuk Zafirah bertolak ansur.Namun,jika berlaku perselisihan faham,Zafirah sering dimarahi.Lama-kelamaan Zafirah jadi cemburu dengan Delisha kerana dilayan seperti anak emas oleh ibubapanya termasuk neneknya Maryam.
Apabila dewasa,Zafirah yang juga anak sulung terpaksa melupakan cita-citanya sebagai penulis novel.Dia terpaksa menguruskan syarikat ayahnya yang sedang mengalami masalah kewangan. Jurang antara mereka semakin besar apabila Delisha semakin rapat dengan Rafiq.Zafirah pernah menolak cinta Rafiq ketika di universiti kerana sibuk menguruskan syarikat ayahnya.
Zafirah jadi cemburu apabila cinta Rafiq beralih arah pada Delisha,tapi dia akur.Zafirah kemudiannya bertunang dengan Fitri.Kesibukan kerja membuatkan Zafirah tidak dapat meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula ditugaskan di luar Kuala Lumpur bersama Delisha.
  Lama-kelamaan,Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka bercinta. Fitri kemudian memutuskan pertunangannya dengan Zafirah.Zafirah redha namun dia tekad untuk berbaik-baik lagi Delisha.Zafirah bertambah marah,bila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri.
Buat pertama kali,Zafirah bergaduh besar dengan Delisha hingga menyebabkan Delisha membawa diri ke luar negara.
Apabila tiba 1 Ramadhan ia detik yang sukar buat Zafirah,Zubir dan Saadiah.Bagi mereka,ia ibarat Ramdhan yang hilang.
 Selepas tiga tahun,kepulangan Delisha dengan seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan mereka.Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq.
Apa yang berlaku seterusnya?Kenala tonton Ramadhan yang Hilang.

Pelakon dan Watak
EiraSyazira- Zafirah
Syatilla Melvin - Delisha
Zamarul Hisham- Zubir
Zila Bakarin- Saadiah
Norhayati Taib- Maryam
Arja Lee- Rafiq
Sherie Merlis-Rahimah


tahun-tahun lepas memang drama terbaik slot samarinda antaranya seputeh qaseh ramadan, ramadan terakhir, syurgamu ramadan, 7 ramadan...


saksikan drama nie setiap hari isnin - rabu...jam 10mlm, sebanyak 18 episod..







tak lupa jugak...walaupun bukan slot samarinda.. cerita diari ramadan rafique... ingat? x ingat?

Image Hosted by ImageShack.us

iklan-iklan!!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers