nie post lame...tapi sejak akhir2 nie ramai pulak search pasal printer ip1980...
hai.....hari neh alynn nk kongsi ngn sume cara nak refill untuk printer pixma ip1980...sepanjang 6 bln lynn pkai printer ini banyak sangat dugaan...hahahha....yela dugaan paling teruk sekali bila da refill tapi x boley nk gne....susah kan...sepanjang tempoh 6 blan lynn search kat google cara-cara hendak refill cartridge...malang sangat bile lynn dapat respon yang tidak memberangsangkan daripada incik google..kebanyakkan respon yang lynn dapat hanyalah menuju jalan buntu...drpd respon tu jugak ade yg mengemukakan pendapat untuk menukar printer baru kerana bagi mereka membeli cartridge untuk printer jenis ini adalah mahal. tp lynn dan my epynn ..x nak la berputus asa...terutamanya my epynn..selagi dia x dapat cara2 selagi itulah die berusaha. maka bermulalah episod kami mencari jalan untuk mengrefill..perhatikan langkah demi lankah...ok....


dua gambar yg pertama tu adalah contoh barang-barang untuk refill...harganye cuma RM 25..

perkara pertama yg anda boleh lakukan ialah.....
gunakan penebuk lubang yg telah disediakan untuk menebuk lubang pada cartridge anda....oh ya...sebelum tu cabut dahulu ye pelekat di atas cartrigde anda itu..ok setelah menebuk lubang pada cartrigde maka anda boleh la mengrefill cartrigde anda....
jom search lagi macam mana nak masukkan warna..

berikut adalah cara-cara untuk memasukan warna...ops!!! silap la pulak sebenarnye warna yg lynn gunakan di gambar sebelah tidak sama ye dgn warna refill di atas td...hehehehe...ok...da tgk kan gambar...tulah caranya...tp ingat..mst masukkan warna ditempat yg betul..di bahagian atas adalah untuk mangenta, kanan untuk yellow dan kiri untuk cyan...lynn rase mst sume ley bace kan kat kertas yg da diberi bila anda membeli color refill td...dan ingat..jangan la masuk kesemua color yg ada didalam botol tersebut...sedikit demi sedikit supaya color tidak melimpah...agak-agak cartridge da berat..maknenye da full la kan???
setelah mengrefill dgn mudah...cabaran sebenar bermula...ewahhhhhh...hehehhe...
di sini la yg memberi kesukaran kepada lynn...

(gambar ehsan daripada sectiocadaveris.wordpress.com)
setelah mengrefill anda akan dapati warna still kosong dan seperti anda tidak tambah warna pon....
jgn risau k....ini mmg berlaku...tp tidak bermaksud kehabisan warna. anda boleh menggunakan printer anda...
kesukaran terjadi kepada lynn kerana setelah hampir 10 kali lynn menggunakan printer...printer tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana dikatakan "ink run out" dan lampu oren tidak berhenti berkelip..time 2 panik sangat...selepas seminggu printerku masih tidak berfungsi...banyk assignment dan kad jemputan akk ku yg hendak diprint....lynn mengambil tindakan bodoh bile lynn cube membeli cartridge original dengan harga yang paling murah RM80 untuk warna dan RM70 untuk hitam..
tp alhamdullah, kerana my epynn..mencari cartridge yg berharga RM70 untuk warna namun tidak jumpa (dr seremban ke kolejku untuk mencari cartridge murah) akhirnya kami ke kedai di kolej kami untuk mencari cartridge tersebut...alhamdulilah...walaupun harga cartridge di kedai tersebut sememangnye mahal...namun kami berjaya mencari jalan iaitu "bertanya" lynn dan my epynn..bertanyakan masalah printer kepada tuan kedai tersebut..setelah bercerita panjang lebar maka tuan kedai yg berbangsa india menunjukan kami cara untuk mengatasi masalah tersebut.

(gambar ehsan daripada sectiocadaveris.wordpress.com)
caranya ialah..apabila hendak print dan keluar note mengatakan ink run out..anda dikehendaki menekan button berwarna oren untuk 5 minit...ingat..5 minit tau..bukan 5 saat...dan ingat button berwarna oren sahaja...setelah itu printer anda boleh digunakan seperti biasa...
alhamdulilah kerana selepas lynn menggunakan cara ini lynn da pon print hampir 600 keping kertas..dan tiada masalah...thanks kepada bro india tersebut kerana tidak kedekut ilmu dan tidak pentingkan keuntungan..inilah yang dikatakan 1 malaysia...tolong menolong kaum lain..wahhhhhhhhhhhh....heheehhe...

sekarang lynn mengunakan color refill jenis imprint dengan harga RM20 untuk warna dan RM13 untuk black..jimat...bermodalkan RM33 anda boleh print hampir 500 keping kertas...tp ingat...selepas mengrefill anda hanya boleh menggunakan printer anda selepas 2 hari, ini bertujuan untuk meratakan color di printer...kalu x sabo...makanye warna biru boley menjadi warna purple..hehehhe...
kesimpulan untuk post kali ini....malu bertanya sesat jalan....bertanya kepada orang tidak memerlukan modal yang besar...untuknye anda boleh save duit anda...so if u all ade soalan...jgn malu-malu untuk bertanya...ok...
salam sayang

