iklan neh besshhh lerrr..

Wednesday, 26 June 2013

Ramadan yang hilang | Samarinda tv3

Assalamualaikum....
hari nie baru sahaja bermula drama terbaru untuk slot samarinda di tv3..
lynn jarang tonton slot samarinda..tapi untuk slot samarinda time bulan puasa buat tertunggu2.. banyak pengajaran yang kita boleh dapat melalui slot samarinda time bulan puasa.... tonton2 juga..
siapkan diri,minda dan kukuhkan pegangan kita dengan ramadan kali ini..lagi berapa hari je kan?
dah ganti puasa?

so nie lynn ada ambil sikit sipnosis drama tersebut


Mengisahkan konflik dua beradik Zafirah(Eira) dan Delisha(Syatilla).Delisha merupakan anak angkat kepada keluarga Zafirah. Konflik berlaku apabila Delisha mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka hingga menyebabkan zafirah terasa disisih.Delisha yang pernah didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya.Oleh itu Delisha sentiasa murung dan sering ponteng kelas.Berbeza dengan Zafirah yang periang,bijak dan bahagia dengan kasih sayang ibu bapanya Saadiah dan Zubir.Kehidupan Zafirah berubah bila Delisha hadir dalam hidupnya. Delisha berlagak sombong dan sukar untuk Zafirah bertolak ansur.Namun,jika berlaku perselisihan faham,Zafirah sering dimarahi.Lama-kelamaan Zafirah jadi cemburu dengan Delisha kerana dilayan seperti anak emas oleh ibubapanya termasuk neneknya Maryam.
Apabila dewasa,Zafirah yang juga anak sulung terpaksa melupakan cita-citanya sebagai penulis novel.Dia terpaksa menguruskan syarikat ayahnya yang sedang mengalami masalah kewangan. Jurang antara mereka semakin besar apabila Delisha semakin rapat dengan Rafiq.Zafirah pernah menolak cinta Rafiq ketika di universiti kerana sibuk menguruskan syarikat ayahnya.
Zafirah jadi cemburu apabila cinta Rafiq beralih arah pada Delisha,tapi dia akur.Zafirah kemudiannya bertunang dengan Fitri.Kesibukan kerja membuatkan Zafirah tidak dapat meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula ditugaskan di luar Kuala Lumpur bersama Delisha.
  Lama-kelamaan,Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka bercinta. Fitri kemudian memutuskan pertunangannya dengan Zafirah.Zafirah redha namun dia tekad untuk berbaik-baik lagi Delisha.Zafirah bertambah marah,bila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri.
Buat pertama kali,Zafirah bergaduh besar dengan Delisha hingga menyebabkan Delisha membawa diri ke luar negara.
Apabila tiba 1 Ramadhan ia detik yang sukar buat Zafirah,Zubir dan Saadiah.Bagi mereka,ia ibarat Ramdhan yang hilang.
 Selepas tiga tahun,kepulangan Delisha dengan seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan mereka.Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq.
Apa yang berlaku seterusnya?Kenala tonton Ramadhan yang Hilang.

Pelakon dan Watak
EiraSyazira- Zafirah
Syatilla Melvin - Delisha
Zamarul Hisham- Zubir
Zila Bakarin- Saadiah
Norhayati Taib- Maryam
Arja Lee- Rafiq
Sherie Merlis-Rahimah


tahun-tahun lepas memang drama terbaik slot samarinda antaranya seputeh qaseh ramadan, ramadan terakhir, syurgamu ramadan, 7 ramadan...


saksikan drama nie setiap hari isnin - rabu...jam 10mlm, sebanyak 18 episod..







tak lupa jugak...walaupun bukan slot samarinda.. cerita diari ramadan rafique... ingat? x ingat?

Image Hosted by ImageShack.us

Running Man vs Superman

Assalamualaikum...
cam mane? sihat? lynn n en roommate sihat...en roommate pun baru lepas baik daripada terkena diarrhea bahase baik..  .. akibat makan kat luar mase hari ahad tu... now alhamdulilah makin ok..
cuace kat luar lepas ujan pun rasenye tak banyak berubah..risau je bile duduk luar...

tadi terdengar perbualan budak2..mase tengah breakfast dekat kedai..budak2 means dalam umur 5/6 tahun

budak A: kita nak makan banyak2 sebab kita nak jadi macam jong kook 
budak B: jong kook tu ape?
budak A: jong kook running man tu..
budak B: oo...kite nak jadi superman..
Budak A: Garu kepala...bukan la... nie yang ranning man tu....
budak B: yela... saye nak jadi superman..
budak A: awak jadi la kwang soo.. haha ke..
budak B: kwang soo tu ape pulak
budak A: Kwang soo tu zirafah
budak B: saye tak nak la jadi zirafah.. saya nak jadi superman je...
budak A: (malas nak layan...) suka hati awak la... awak tak tengok ke running man..
budak B: kite nak jadi superman..x nak jadi running man...
tiba-tiba terdengar..dah2 makan..time makan tak elok bercakap!!


kakakakaka..budak2 zaman sekarang pun nak jong kook je...pandai betol..asal hebat tu lah pilihan dia..mesti parents dia tengok running man..kan?














                                                                      vs










#yey dah balik kerja... awal gila... best sunggu..minggu nie balik awal...kalau tiap2 hari balik awal kan best..


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, 24 June 2013

Floria 2013 | Gadis cinta dan bunga | Orked

Assalamualaikum...
alamak..tajuk dah tak boleh ubah..tiap2 tahun mesti gadis cinta dan bunga..sekarang gadis lagi kerrr...huhu hari sabtu lepas bersamaan 22jun2013..kami berdua pergi ke floria 2013..tahun nie tema bunga orked..
sebenarnya nie aktiviti kami bersama sejak zaman cintan cintun lagi..so di teruskan sehinggalah kami dah kawen...!! tiap2 tahun kami pergi..walaupun still sama..tapi bila dah tema setiap tahun berlainan..maksudnya setiap tahun cara dan landskapnya berubah....kalau korang semua nak pergi.. floria nie sampai hujung minggu nie je 30jun2013..tapi sekarang jerebu kan? so time dah ok jerebu nanti boleh la pergi...masa kami pergi tu  tahap ipu dekat putrajaya masih rendah lagi...

kalau nak tengok entri lepas2 jangan malas2  malu2
floria 2010
floria 2011
floria 2012
entry kali nie bergambar sakan jelah ye...



tema kami pink!! berjaya pujuk en roommate

tengok muka en roommate..panas katenye..

kita layan gambar-gambar lain pulak ye..
























banyak gila gambar.. kalau kat sini memang dah tak malu nak bergambar bagai..sebab masing2 datang mesti nak bergambar kan..

lepas dah penat-penat dan kepanasan dekat luar..kami masuk ke tempat sejuk..ade aircond..sedap sikit..











comel gila en kungfu panda nie... siap boleh pusing2 kepala lagi... tu bunga sebenarnye tu..


lepas tu terus balik...panas...sebab sekarang musim panas kan...
kenapa la ek dengan mulut en roommate tu...duck face?

tibe2 en roommate ajak lepak dekat tasik wetland dekat putrajaya.. singgah jap je.. segan kot.. berdua je kan?


sedap lepak kat sini..dengan angin yang kuat...fuhhh...rase tenang..

nasiblah dalam kereta en roommate memang ade spare tikar.. boleh diguna pakai...sambil borak2.. snap2 picture.. lepas tu terus balik kl..g umah umi... dah tu je..penat berjalan...




dah kawen pun kami still suke dating berdua...macam zaman kami dulu2..
dah kawen nie jarang pegi mall... kecuali nak shopping n tengok movie...
kebanyakkannye kami golek2 kat umah je.. lynn lagi suke.. lagipun sekarang musim panas...






jerebu makin teruk di sesetengah tempat...dekat muar dah ok sikit dah..so kepada semua jaga kesihatan ok..



Image Hosted by ImageShack.us

iklan-iklan!!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers