iklan neh besshhh lerrr..

Monday, 9 September 2013

Indahnya sebuah perkahwinan...

Assalamualaikum ..
just copy n paste je...



Alkisah sebuah hidangan isteri…
Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.
Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.
Namun saya diam.
Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.
Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”
Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.
“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.
Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.
Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…
“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”
“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.
Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.
Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.
Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.
Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.
Sebuah tulisan untuk renungan.
Jom LIKE & SHARE Diary Ibu Mengandung & Si Comelutk info2 dan cerita2 menarik..InsyAllah


ye..itu memang penting... jaga hati memang sangat penting.. lynn tak suka suami yang cerewet..duk complain masakan isteri itu ini... masakan serba tak kena.. Alhamdulilah...en roommate jenis suami di atas... dan lynn sebagai isteri juga  for sure buat benda yang sama bila en roommate masak... makan je jangan complain..bukan tak sedap langsung asal jangan nasi keras dah la kan bang... bersyukur sebab bila lynn balik kerja lambat..buka2 pintu rumah..makanan terhidang atas meja... masuk dapur..basuh tangan,bismillah dan makan... Alhamdulilah...

abang thanks untuk segalanya.....sebab minggu lepas abg je masak...hooney keje balik lambat!!!


gambar bukan untuk hiasan....


end of appreciation entry..


so hari nie hooney balik awal..dan honey masak makanan kegemaran honey!! hahaha



daaaaa..

Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, 1 September 2013

Tanjung Bidara, Melaka | mengimbau kenangan lalu~~

Assalamualaikum~~~

ceh tak yah nak mengimbau sangat la kan kenangan tu..hehehe....dulu....dulu la time kanak-kanak riang umur lingkungan 12 tahun ke bawah... hujung minggu lynn dengan along lynn adalah di negeri melaka...memang setiap minggu kami akan ke melaka.. kadang2 pergi naik bus..berdua dengan akak lynn..dan kadang2 pergi dengan mak.. lagi2 la cuti sekolah untuk bulan 12.. memang kami membesar di Melaka... seronoknya waktu itu..hanya tuhan sahaja yang tahu...

sebab apa di Melaka... ? waktu tu ocu (makcik@moksu) duduk dekat melaka.. aduh lynn lupa sangat kampung apa yang mereka duduk waktu tu.. seriously.. kampung tu berdekatan sangat dengan tanjung bidara.. rumah ocu atas bukit...belakang rumah..kena turun bukit..then terus je ade pantai... malam2 waktu tidur mesti dengar ombak.. seronok gila... waktu tu lynn dalam lingkungan 9/10 tahun... padahal jarang mandi pantai kat situ kalau kami datang..kalau datang hujung minggu..sabtu ahad.. kami cuma mandi pantai hari sabtu je...selebihnya kami habiskan masa kami tonton cerita doremon..yang poksu duk ulang berkali-kali.. (mase kecik-kecik duk cakap yang video tape doremon tu tak pernah habis..hakikatnya poksu dah berkali-kali ulang) kalau cuti  sekolah bulan 12 aktiviti bertambah dengan poksu.. poksu akan bawa kami pergi menjala ikan.. hahaha.. serius heaven gila... al maklumlah.. waktu tu mana la ada tab.. ipad.. psp bagai kan... zaman tu lain dengan zaman sekarang...sebelum pergi menjala ikan...poksu akan bawa anak dia ronda-ronda naik motor bagi anak dia tertidur.....mase tu anak dia baru je berusia 3/4 tahun.. so memang tak boleh la nak ikut kan... nak tau siapa anak dia? anak dia ...syafiq nie la..komando kita..

bila umur lynn 11/12 tahun.. poksu famly pindah ke Kem Terendak Melaka.. so, sejak tu lagi la kami jarang ke pantai.. kalau pergi pun dengan emak dan ayah..sebab jauh daripada rumah..tapi aktiviti pergi ke Melaka masih di teruskan.. lagi best..duduk dalam kem terendak..dekat sana ramai kawan..hehe.. tah ingat lagi ke tak kan kawan2 tu dekat kami...dah betol2 mengimbau kenangan la nie kan...

setiap kali balik kluang nampak je signboard pantai tanjung bidara... hati meloncak2 nak pergi..tapi kalau dah selalu balik kluang malam..mana nak pergi kan?


akhirnya..impian tercapai..sampai juga kat sini setelah hampir 10 tahun tak sini.. sejak poksu lynn pencen dan sekarang dia dah duduk dekat kedah.. so kami sekeluarga jarang sangat datang ke Melaka.. memang ade pergi Melaka..tapi setakat jalan-jalan di bandaraya Melaka je...

tapi yang tak bestnya.. lynn lupa jalan rumah poksu lynn yang kat kampung tu..nama kampung tu pun lynn lupa..lagi la jalan nak pergi ke kampung tu kan... maklumlah waktu tu kanak-kanak riang lagi..memang tak ingat..kalau dapat pergi situ dan tengok keadaan rumah tu..lagi seronok....

gambar ehsan dari sini..google sebenarnya masa tu ada amik gambar tapi hilang tah kemana..tak jumpa.. waktu tu nak je mintak kebenaran masuk dalam kem nie...nak jalan2 dalam kem nie.. nak pergi Pernama.. nak pergi sungai longkang tempat kami main2 dengan bebudak kem...name bebudak kem.. at, mizi..ah dah tak ingat.. lynn yakin kalau di beri peluang masuk dalam kem nie..mesti dapat pergi rumah lama poksu.. rase macam nak tengok balik pokok ceri belakang rumah poksu..sebab kami ada buat kenangan kat pokok tu..bertahun2 terukir nama kami adik beradik kat pokok tu...tah ada lagi tak pokok tu....
disebabkan tak dapat masuk kem tu.. maka tak dapat terus kami pun melencong ke kanan.. sebab kanan tu adalah pantai..kem terendak nie pintu belakang dia dekat dengan pantai tu...kenangan mengimbau kembali..cewah... haha.. tapi kali ini dengan en roommate....




layankan je lah gambar en roommate sesorang kat situ..haha..tenangkan fikiran yang serabut..

berangan nak love bagai...haha..

imbau kembali kenangan lalu....

gambar gedik berdua mesti ada..hahaha... 




lynn asyik mengimbau kembali kenangan je kan... sebenarnya banyak kenangan dengan arwah ocu dekat Melaka nie.. kami dulu datang sini kerana ocu la...

Al-Fatihah untuk arwah ocu.. Azlinda binti Mat Saman.. arwah adalah adik emak lynn....kami adik beradik sangat rapat dengan arwah.. arwah meninggal 25februari2008 semasa tidur.... Al-Fatihah...~~



Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, 27 August 2013

Raya dah habis...

Assalamualaikum~~~

entry penutup raya lah nie... amboi takkan puasa sebulan...raya pun nak sebulan... kan?
hope lepas raya kehidupan back to normal.. sebab sebelum nie kan tak normal sangat... dan hope sangat en roommate dah tak busy...hope~~~~~



minggu lepas kawan2 dah datang beraya..tapi gambar tak ambil...
# kes kawan2 datang raya..kita tak ambil gambar..so gambar kami berdua je la...bley kan?

minggu nie ade kawan yg kawen.. so selamat pengantin baru.. semoga kekal ke akhir hayat untuk syina dan pasangan... mari kita ke Melaka...~~~

daaaaaa
Image Hosted by ImageShack.us

iklan-iklan!!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers