iklan neh besshhh lerrr..

Monday, 9 December 2013

Bicara Cinta | Jauhkan diri daripada lelaki itu


Assalamualaikum~~

bicara cinta konon... ok sebenarnya entry nie lynn anggap serius...kawan-kawan yang baca nie.. x pun yang tercampak kat sini sebab keyword dari google.. baca elok2.. walaupun nampak macam entry budak2..tapi  entry nie jugak boleh membantu korang sume buat keputusan..sikit sebanyak  membantu..lagi2 yang nak kahwin

Sejak akhir-akhir nie lynn selalu terima call daripada kawan lynn.. boleh dikatakan setiap hari 2 or 3 kali dia call..dan kadang2 setiap kali call dia akan borak dalam 1 jam paling lama.. fuhh.. kadang-kadang lynn macam malas nak angkat... sebab kalau time en roommate tak ade kat rumah..boleh la layan...tapi kalau en roommate ade kat rumah.. agak sukar nak layan.. sebab masa bersama en roommate pun terhad...kes en roommate selalu outstation...

tapi en roommate jenis tak kisah.. sebab dia kata mungkin kakak tu tak de sesiapa yang boleh dengar apa yang dia nak luah.. dan yang paling penting.. kakak tu mungkin lebih selesa dengan lynn...

details..
kakak nie umur 28 tahun
belum kahwin
bercinta dah hampir 5 tahun.. (kenal tahun 2008 macam kami jugak)
kekasih hati dia umur 26 tahun muda dua tahun..
lelaki tu kita gelarkan dia S


sebenarnya kakak nie bukan la desperate sangat nak kahwin..tapi memandangkan yang dia pun dah umur 28 tahun... dan mereka dah lama bercinta..tapi sehingga ke hari ini masih tak ada tanda-tanda nak mendirikan masjid.. dan yang paling dia tension bila bapa dia dah mula tanya bila nak kahwin... so, suatu hari kakak nie luahkan dekat S bila dia nak masuk meminang...

maka S pun bersungguh-sungguh nak berkahwin.. nak ada anak.. nak bahagia macam orang lain.. tapi tiba-tiba S berubah.. sebab apa lynn cakap berubah..

1. Malas fikir pasal kahwin..
dengan tiba-tiba, bila sebut pasal kahwin... S terus berubah.. siap cakap.. malas nak fikir... malas nak buat keputusan.. malas nak dengar pasal kahwin.

                         

2. Message..
lynn pantang k kalau lelaki mesej depan kita tapi menyorok2.. bila mintak hp dia tak bagi pun.. disebabkan oleh tu je...perang besar...girls.. kalau dah lelaki mesej sampai nyorok2.. takkan la mesej dengan ayah? dengan kawan?

3. Tak tetap pendirian
nie satu hal...kalau tak tetap pendirian.... belum kahwin..dah kejap nak kahwin..kejap tak nak kahwin..nanti dah kahwin macam mana? dah la nak jadi ketua keluarga..besarkan tanggungjawab tu...

4. Tak Matang..
lelaki matang bukan pada umurnya.. serius lynn cakap.. ade je lelaki matang umur 21 tahun...ade je yang matang lambat.. so korang pandai2 la pilih.. setiap keputusan yang korang buat tu..semua untuk masa depan korang... matang dari segala hal..ingat bila berkahwin bukan dah berakhir.. tapi baru bermula sebuah kehidupan.. macam mana nak handle isteri..kalau si suami pun masih tunggang langgang... hidup lepas kahwin bukan untuk seronok sahaja.. banyak dugaannya juga...

5. Pentingkan diri..
"S bukan tak nak beli cincin..tapi kalau S beli cincin tak cukup la S nak beli itu ini" untuk diri sendiri... girls..lelaki kalau banyak sangat wish list dorang.. dan suma tu untuk kepentingan diorang je.. elok la korang jauhkan diri...jauhkan diri bermaksud..kalau korang nak kahwin cepat.. tapi wishlist dorang tu.. macam bertahun-tahun lagi je nak kahwen...tapi kalau korang pun nak kahwin lambat..sanggup tunggu dia abis wishlist tu...okelerr..

                             

6. Ada perempuan lain...
setiap kali cuti kerja.. nak keluar dengan kawan-kawan...bila tanya kawan-kawan tu siapa dia tak bagi tau.. bila dah kantoi... Alamak..perempuan tu..berdua tu...

7. Sayang dan Cinta..
cakap sayang kat korang..tapi cinta kat orang lain.. so elok korang tinggalkan je... haaa...nie ayah lynn cakap.. ayah doktor cinta lynn zaman lynn frust menongeng..haha..untuk apa kita mengharap kat orang yang macam nie...


so itulah contoh-contoh.. wahai wanita.. carilah bakal suami yang tinggi nilai agamanya.. jangan cari yang tinggi ilmu sexnya.. jangan cari lelaki yang suka raba-raba.. yang suka ringgan2.. sebab dorang tu nak ambil kesempatan.. ingatlah... kalau dengan korang diorang buat macam tu.. tak mustahil dengan perempuan lain pun dia buat benda yang sama...

cari bakal suami yang fikir masa depan.. jangan cari bakal suami yang hanya nak enjoy je..yang nak tahu seronok je...

lagi satu..ingat.. wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. sekiranya kekasih hati korang ada ciri2 macam kat atas tadi.. eloklah korang fikir jalan penyelesaiannya..jangan tunggu lelaki macam tu.. kalau kata nak kahwen sekurang-kurangnya bagi tempuh..setahun dua tahun.. bukan malas nak fikir...malas nak dengar. serabut.....

lagi satu kalau korang dah putus cinta..dan jumpa dengan lelaki yang lebih baik dari yang dulu.. jangan toleh belakang lagi... teruskan sahaja hubungan itu..biarpun orang kate baru putus dah ade jantan lain..biar. asalkan bukan korang penyebab cinta korang yang dulu putus..Allah bersama hambanya yang sentiasa mengingatinya.. dan yang penting..jangan bercinta lama-lama.. semakin lama.. makin dekat kita dengan maksiat..

 jangan dah terlambat baru nak menyesal.. ingat.. ramai lagi lelaki yang baik budi pekerti.. yang boleh di jadikan contoh tauladan pada kita semua...

yang lynn guna pakai...
cintailah orang yang mencintai kita...daripada kita menunggu orang yang kita cinta.. kerana orang yang mencitai kita akan membahagiakan kita.. 


mesej daripada kakak tu kat lynn...mesej nie dia hantar kat no maxis.. so tak leh nak capture screen bagai.. ehhehe..

"akak nak sangat hidup bahagia macam lynn..ada toleransi, susah senang bersama, hidup berkongsi.  Akak kagum dengan lynn dan suami. Insyaallah bila akak dah kahwin dengan S nanti akak nak hidup macam tu.."

amin.. ade jugak orang yang suka dengan cara hidup kami.. walaupun kami masih baru dialam perkahwinan yang penuh ceritera sendiri..
dan yang penting.. kebahagian bukan milik.. kau atau aku.. tapi milik bersama..





banyak entry yang lynn buat auto publish..

Image Hosted by ImageShack.us

No comments :

iklan-iklan!!!